Feeds:
Posts
Comments

MUKADIMAH

Assalamualaikum dan salam bahagia,

Wadah ini dapat membantu pelajar memperlengkap diri untuk menghadapi peperiksaan.  Kandungannya berfokus pada SPM-KBSM 2010.

Blog ini dikendalikan oleh panel guru cemerlang yang pakar dalam bidang masing-masing. Kami bersedia untuk menawarkan khidmat tutorial yang memudahkan persiapan untuk menghadapi mata pelajaran BAHASA MELAYU SPM. Hal ini demikian kerana hanya topik-topik penting yang akan dipaparkan dalam blog ini.

Demi memanfaatkan khidmat tutorial ini, anda perlu menjadi ahli terlebih dahulu. Untuk menjadi ahli, anda dikehendaki untuk membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00 sahaja untuk tempoh setahun. Hal ini bermakna anda hanya dikenakan yuran minimum sebanyak RM1.00 sebulan.

Sebarang sumbangan karangan yang diterbitkan dalam laman ini akan diberi ganjaran sebanyak RM50.00. Hanya karangan asli yang akan diterbitkan.  Sila hubungi panel kami untuk keterangan lanjut. Karya atau karangan ahli sahaja yang akan dilayan.

Anda digalakkan untuk mengirimkan karangan untuk disemak oleh panel kami yang terdiri daripada pemeriksa kertas BM SPM.  Soalan-soalan karangan akan diterbitkan dari semasa ke semasa.

Sekian.

Albhukari bin Mohd. Nordeen
(Guru Cemerlang)