Baik disedari mahupun tidak, calon-calon SPM lebih mengagung-agungkan pengayaan kosa kata daripada teknik mengarang yang efektif dan impresif. Mereka begitu ghairah untuk menggunakan kata-kata yang asing dan hebat belaka demi menarik hati pemeriksa. Dalam keghairahan ini, mereka mengabaikan teknik penulisan yang berkesan, terutamanya pada bahagian pendahuluan karangan.Salah satu pendahuluan yang impresif ialah pendahuluan jenis pendapat tokoh. Selaku pemeriksa Kertas 1 BM SPM, saya jarang-jarang menemukan jenis pendahuluan ini. Hal ini demikian kerana para pelajar kurang didedahkan tentang kemahiran penulisan yang efektif dan impresif.
Dalam pendahuluan jenis pendapat tokoh, para pelajar diharapkan memaparkan pendapat tokoh yang berkaitan dengan tajuk perbincangan. Pendapat ini tidak seharusnya mencerminkan idea tokoh yang tulen, sebaliknya boleh direka cipta. Teknik ini memaparkan kematangan pemikiran para pelajar.
Pendapat ini boleh ditulis dalam bentuk prosa mahupun dalam bentuk dialog. Maka, pendahuluan akan lebih bermaya dan menarik sekali gus memberikan “impression” ataupun kesan yang positif kepada pemeriksa.
Seperkara lagi, sebarang jenis pendahuluan perlu mempunyai tiga elemen yang penting, yakni tajuk karangan, huraian tajuk, dan fokus karangan. Dan, setiap perenggan pendahuluan perlu terdiri daripada tiga jenis ayat, yakni ayat rangsangan (AR), ayat huraian (AH), dan ayat arahan (AA).
Seelok-eloknya, para pelajar dinasihati agar merangka pendahuluan secara ringkas sebelum menulis demi menghasilkan pendahuluan yang mantap. Semasa merangka, pastikan terdapat tiga unsur: tajuk karangan, huraian tajuk, dan fokus karangan.
Panjang perenggan pendahuluan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Kesilapan yang biasa dilakukan ialah pendahuluan yang tidak menepati kehendak soalan, terlalu pendek ataupun meleret-leret, dan tidak mempunyai elemen-elemen struktur pendahuluan.
Sebagai panduan, saya memaparkan satu contoh perenggan introduksi jenis pendapat tokoh.
Perenggan pendahuluan anda boleh dikirimkan kepada panel kami untuk disemak dan akan diberi jawapan contoh. Khidmat ini hanya untuk mereka yang telah berdaftar sebagai ahli. Jika belum berbuat demikian, daftarlah sekarang.
Sediakanlah payung sebelum hujan!
Sekian.
Cikgu Albhukari
(Guru Cemerlang)
Demi menghasilkan perenggan isi yang kreatif dan impresif, idea mestilah relevan, huraian jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai, di samping pengolahan atau pengembangang isi yang menarik dan berkesan.


